Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari
Malaysia yang bekerja di US. Dia
memakai tudung dan memiliki
akhlak yang bagus.
... Suatu malam perempuan ini
dalam perjalanan balik ke rumah
dari tempat kerjanya. Kebetulan
dia mengambil jalan singkat
untuk pulang. Jalan yang diambil
pula agak tersorok dan tidak
banyak orang yang lalu lalang
pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah
lewat, berjalan di jalan yang agak
gelap sebegitu membuatkan dia
agak gelisah dan rasa takut.
Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang
lelaki (kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi
lorong itu. Dia sudah mula rasa
takut dan tak sedap hati. Apa
yang dia boleh buat waktu tu
adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas
dirinya. Dia baca ayat Kursi
dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki
itu bersandar, dia sempat
menoleh dan dapat mengecam
muka lelaki itu. Nasib baik lelaki
itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini
terbaca dalam akhbar yang
seorang perempuan telah dirogol
oleh seorang lelaki yang tidak
dikenali dekat lorong yang dia
jalan semalam hanya 10 minit
selepas dia melintasi lorong
tersebut. Muslimah ini yakin
benar lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia
terus ke balai polis dan buat
aduan. Wanita ni dapat
mengenalpasti suspek melalui
kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti
bahawa lelaki tersebut adalah
perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga
kenapa lelaki tadi tak jadikan dia
mangsa ketika dia melalui lorong
tersebut walhal dia keseorangan
di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol
perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat
sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap
dengan perogol tadi sebelum
hukuman dijatuhkan (sebelum
lelaki tadi di bawa ke tempat lain)
.
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to
me on that night even though
you know that I ’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa
kat saya malam tu walaupun
awak tau saya seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night
I saw two young man walking
with you. One on your right side
and the other one was by your
left side. If you were alone of
course you will be my victim. ”
(Tak, awak bukan berseorangan.
Malam tu saya nampak ada 2
orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan
awak dan sorang lagi sebelah kiri
awak. Kalaulah awak sorang2
malam tu, sudah pasti awak jadi
mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila
dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana
memelihara dia malam itu,
mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya
menurut segala perintah dan
meninggalkan segala
laranganNya, Dia pastinya akan
sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat
di US dan memang seorang yang
menjaga batas-batas yang
ditetapkan Islam. Mungkin dua
orang lelaki yang menemani
wanita itu adalah malaikat yang
diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat
akan diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat
Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2
orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh. Barang siapa yang
membaca ayat al-Kursi ketika
dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan
kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandanganaku...semoga kite semua mendapatpengajaran dan ilmu yang bermanfat.. sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu
DOA ….semoga kita sentiasa dipeliara
Allah dari kejahatan syaitan yang
di rejam …….
pernah baca kisah ni kat FB jugak..
ReplyDeletebetul2 rasa insaf lepas baca..betapa pentingnya maruah seorang wanita..itu yg perlu kita jaga..
p/s: nice blog..purple color..i likeeeeeeee =)